Dapatkan RM30 e-Tunai Rakyat dengan Boost dan shake sehingga RM8888

Nikmati manfaat eksklusif apabila anda
menuntut e-Tunai Rakyat RM30 dengan Boost!

Mulai 15 Jan 2020, anda boleh mula menuntut e-Tunai Rakyat RM30 anda melalui aplikasi e-dompet Boost

Inisiatif e-Tunai Rakyat ini dibawakan Khas oleh Kerajaan Malaysia. Rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria di bawah boleh mendapatkan RM30 secara satu kali dengan Boost.

Pemegang Kad Pengenalan Malaysia – Boost e-Tunai Rakyat
Umur 18 tahun & ke atas – Boost e-Tunai Rakyat
Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun – Boost e-Tunai Rakyat

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkat e-Tunai Rakyat anda

Pilihan Tidak Terhingga Dengan BOOST

Nikmati tawaran-tawaran eksklusifapabila anda memohon menuntut e-Tunai Rakyat RM30 anda dengan Boost!

Shake sehingga RM8,888

Dapatkan e-Tunai Rakyat RM30 anda dan nikmati ganjaran shake sehingga RM8,888!

Menangi baucar Shell bernilai RM100

Tuntut e-Tunai Rakyat RM30 anda dan berpeluang untuk menang! 1,000 pemenang bertuah dipilih setiap minggu.

Dapatkan 2 Ang Pow setiap hari

Gong Xi Fa Cai, Boosties.
Nikmati ganjaran harian apabila anda menjemput rakan-rakan untuk menyertai cabaran yang amat dinanti-nantikan sempena Tahun Baru Cina ini!

Tawaran Menarik RM1

Jimat RM30 dengan set ini untuk hanya RM8!

Tawaran Rakan Niaga

Dengan lebih dari 125,000 rakan niaga, Boost memberi lebih banyak ganjaran. Nikmati tawaran-tawaran pulangan tunai berikut apabila anda #BoostIt!

Lakukan Lebih Banyak Deang Dengan Boost

Dapatkan pulangan tunai & menangi ganjaran yang lebih besar untuk tiket wayang, bil, tambah nilai!

Lebih hebat bila kita Boost bersama.

Berkongsi megeratkan kemesraan. Tetapi dengan Boost, berkongsi memberi lebih banyak ganjaran.

Boost Up
Ganjaran kini lebih HEBAT dan LUMAYAN dengan BoostUP. Bersedia untuk menikmati ganjaran dengan setiap pembelian!
Dapatkan Boost Coins dan Shake Rewards. Anda mungkin juga berpeluang menikmati pengalaman sekali
seumur hidup dengan Golden Ticket!

TERIMA

Dapatkan Boost Coins untuk menebus hadiah-hadiah lumayan dalam aplikasi Boost. Level Up untuk dapat Boost Coins lebih banyak!

SHAKE

Shake Rewards kini memberi anda lebih daripada pulangan tunai! Nikmati sehingga 8x lebih Boost Coins, hadiah atau Golden Ticket.

TEBUS

Guna Boost Coins anda untuk menebus pulangan tunai, hadiah lumayan atau baucar eksklusif. Semuanya dengan Boost!

Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Boost sekarang! Mulakan langkah untuk mendapatkan RM30 anda!

Maklumat Lanjut Mengenai e-Tunai Rakyat

e-Tunai Rakyat adalah rangsangan digital RM30 yang disalurkan melalui aplikasi Boost sebagai e-Dompet yang terpilih untuk menggalakkan aktiviti pembayaran tanpa tunai.

RM30 secara pembayaran sekaligus ke dalam e-Dompet anda.

Boost adalah salah satu daripada e-Dompet yang terpilih untuk inisiatif ini.

Anda boleh muat turun aplikasi Boost melalui langkah-langkah berikut:
  1. Pergi ke Google PlayStore (pada telefon pintar Android) atau App Store (untuk telefon pintar Apple) pada pintar anda dan cari aplikasi Boost.
  2. Muat turun aplikasi Boost dari Google PlayStore atau App Store.
  3. Klik “Install” untuk memuat turun aplikasi ke telefon pintar anda.

#1 Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan.
#2 Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020.
#3 Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun mengikut laporan rekod pendapatan bagi tahun 2018
Kelayakan disahkan melalui data Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan untuk program in mulai 15 Januari 2020 hingga 8 Mac 2020. Program ini akan tamat pada 14 Mac 2020.

Setelah menyerahkan permohonan untuk mendapatkan e-Tunai Rakyat RM30, anda akan mengetahui status kelayakan di dalam tempoh 5 hari dari tarikh permohonan. RM30 akan dikreditkan ke dalam dompet Boost anda secara serta-merta setelah kelayakan berjaya disahkan.

  • Ia boleh digunakan untuk membeli sebarang produk atau perkhidmatan dalam negara yang ditawarkan oleh Boost.
  • Ia hanya boleh digunakan sehingga 14 Mac 2020 dan akan luput selepas itu.
  • Ia tidak boleh dipindahmilik kepada mana-mana pengguna lain.

Ya, e-Tunai Rakyat RM30 tidak boleh digunakan untuk membuat pindahan kepada individu lain, pengeluaran tunai/pengeluaran ke dalam akaun bank dan kiriman wang ke luar negara. Setelah kelayakan berjaya disahkan, RM30 akan dikredikatn ke dalam dompet Boost anda. Anda tidak boleh menggunakan fungsi Send Money atau Transfer Out to Bank sehingga nilai sebanyak RM30 telah dibelanja dan digunakan.

Setelah berbelanja sebanyak minima RM30, anda boleh kembali menggunakan fungsi Send Money dan Transfer Out to Bank dengan serta-merta.

Setiap individu yang layak hanya boleh menerima e-Tunai Rakyat RM30 daripada satu aplikasi e-Dompet sahaja. Oleh itu, permohonan menerusi aplikasi e-Dompet lain akan ditolak selepas permohonan telah berjaya oleh satu aplikasi e-Dompet.lain.

Semua baki yang tidak digunakan selepas 14 Mac 2020 akan luput dan sebarang nilai yang tidak digunakan akan ditarik balik.

Aliran proses untuk permohonan baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui aplikasi e-Dompet.

A) Muat turun aplikasi Boost dari Google PlayStore atau iOS App Store
B) Daftar untuk akaun Boost jika ini belum dilakukan
C) Klik pada e-Tunai Rakyat di laman utama Boost & klik Claim
D) Ikuti proses permohonan seperti yang diarahkan termasuk pengesahan identiti secara elektronik, kelayakan pendapatan dan pengesahan bahawa penebusan RM30 belum pernah dilakukan sebelum ini
E) Setelah kelayakan disahkan, RM30 akan dikreditkan ke dalam aplikasi Boost pelanggan

Semua pelanggan yang berjaya mendapatkan e-Tunai Rakyat RM30 dengan Boost layak untuk menerima satu ganjaran Shake bernilai sehingga RM8,888. Selain itu, pelanggan boleh menyertai kempen Ang Pow Challenge di mana pelanggan boleh menerima ang pow dari Boost setiap hari.

Pelanggan juga boleh tawaran-tawaran dan promosi-promosi menarik eksklusif untuk pelanggan yang membuat permohonan melalui Boost. Anda boleh melihat pilihan yang disediakan apabila anda klik pada tajuk e-Tunai Rakyat di laman utama aplikasi Boost.

Jangan risau! Dengan Boost, semua pelanggan Boost boleh menikmati ganjaran. Walaupun anda tidak layak untuk memohon kerana tidak menepati 3 kriteria utama yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, anda masih boleh menang dengan Boost.

Hanya lengkapkan proses permohonan dengan mengklik pada tajuk e-Tunai Rakyat di laman utama aplikasi Boost dan ikuti langkah-langkah yang ditetapkan.

Setelah mendapat pengesahan bahawa permohonan anda tidak berjaya atas sebab-sebab di bawah, anda layak untuk menerima ganjaran Shake sehingga RM8,888.

1) #1 BUKAN warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan
2) #2 Berumur kurang dari 18 tahun pada tahun 2020
3) #3 Berpendapatan lebih dari RM100,000 setahun

Juga, nikmati tawaran-tawaran menarik untuk semua. Anda boleh melihat semua tawaran-tawaran terkini apabila anda klik pada tajuk e-Tunai Rakyat di laman utama Boost dan seterusnya pada halaman Deals.

Ya, hanya pelanggan yang berjaya membuat permohonan e-Tunai Rakyat RM30 dengan Boost atau yang telah melalui proses permohonan tetapi gagal kerana kriteria di bawah boleh menikmati ganjaran Shake RM8,888.

1) #1 BUKAN warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan
2) #2 Berumur kurang dari 18 tahun pada tahun 2020
3) #3 Berpendapatan lebih dari RM100,000 setahun

  • Ang Pow Challenge adalah permainan yang boleh disertai oleh pelanggan berkelayakan untuk mendapatkan pulangan tunai.
  • Apabila menyertai permainan ini – pelanggan akan menerima 2 ang pow di mana mereka boleh memilih untuk menebus ang pow tersebut atau memberikannya kepada individu lain.
    • Jika pelanggan menebus sendiri kedua-duanya, mereka akan kalah dan permainan akan tamat.
    • Untuk kekal dalam permainan, pelanggan perlu memberi sekurang-kurangnya 1 ang pow kepada seorang rakan yang belum lagi menyertai permanan ini.
  • Lebih lama pelanggan kekal dalam permaninan , lebih banyak ang pow yang akan diterima.
  • Sekiranya pelanggan kalah di dalam permainan, mereka boleh menyertai kembali dengan hanya berbelanja keseluruhan sebanyak RM50. Pelanggan hanya boleh hidup kembali sebanyak dua kali sepanjang permainan.
  • Ang Pow Challenge akan bermula dari 15hb Jan 2020 sehingga 14hb Mac 2020.

Hanya pelanggan yang telah berjaya memohon e-Tunai Rakyat dengan Boost boleh menyertai cabaran ini. Mereka boleh memberi ang pow kepada rakan-rakan yang belum memohon dengan Boost. Apabila rakan tersebut menerima ang pow yang diberikan, cabaran dikira telah berjaya dilaksanakan untuk hari berkenaan.

Walau bagaimanapun, rakan tersebut tidak boleh membuka atau memberi ang pow mereka sehingga mereka sendiri telah berjaya memohon e-Tunai Rakyat dengan Boost untuk menyertai permainan ini.

Anda boleh menerima jemputan Ang Pow Challenge tersebut untuk membolehkan rakan anda kekal hidup di dalam permainan tetapi anda tidak boleh menyertai Ang Pow Challenge.

Bahagian Vouchers & Bundles adalah eksklusif untuk pelanggan Boost yang telah berjaya memohon e-Tunai Rakyat mereka dengan Boost. Untuk mendapat akses kepada bahagian ini, sila serahkan permohonan untuk e-Tunai Rakyat anda. Bahagian Vouchers & Bundles akan terbuka apabila permohonan anda berjaya dilakukan.

Jika anda mempunyai rakan yang merujuk anda untuk membuat permohonan e-Tunai Rakyat dengan Boost, sila isikan kod rujukan Boost rakan anda di bahagian tersebut. Ini membolehkan rakan anda menerima ganjaran untuk rujukan yang dilakukan.

Pelanggan Boost boleh menggalakkan rakan-rakan dan ahli keluarga mereka untuk membuat permohonan e-Tunai Rakyat RM30 dengan Boost dan menerima ganjaran. Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan adalah:

1) Kongsi Kod Rujukan mereka dengan rakan-rakan/ahli keluarga.
2) Pastikan Kod Rujukan diisi oleh rakan-rakan/ahli keluarga semasa proses permohonan.
3) Terima RM3 setiap kali permohonan dengan Boost berjaya dilakukan dengan menggunakan kod tersebut.
4) Setiap rujukan ke-5 yang berjaya akan memberi ganjaran tambahan sebanyak RM3.

Kempen ini adalah terhad kepada 200,000 permohonan terawal dengan Boost yang menggunakan kod rujukan oleh itu lebih cepat anda bertindak, lebih banyak ganjaran yang boleh diperolehi.

Anda boleh menghubungi pakar perkhidmatan pelanggan kami di support@myboost.com.my.

Peniaga yang berminat boleh menghubungi kami melalui e-mel di business@myboost.com.my atau telefon 03-22609494. Waktu urusan adalah dari Isnin hingga Ahad, 9 pagi – 9 malam (termasuk cuti am).

TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT UNTUK PROGRAM E-TUNAI RAKYAT (“PROGRAM”)

Mengenai Program Ini

Program ini adalah inisiatif khas oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama di antara pembekal-pembekal perkhidmatan e-dompet di Malaysia iaitu, Boost, GrabPay dan TnG (“e-Dompet Terlibat”).

Tempoh Program

Program ini akan bermula 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Sebarang tempoh lanjutan adalah berdasarkan pertimbangan mutlak oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

  1. Syarat Kelayakan
    • Program ini terbuka kepada semua pelanggan-pelanggan Boost yang berwarganegara Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun ke atas pada 31 Disember 2020 (“Pelanggan”).
    • Untuk layak menyertai Program ini, Pelanggan perlu menyertakan bukti kewarganegaraan menggunakan kad pengenalan Malaysia yang sah, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
    • Pelanggan yang mempunyai pendapatan tahunan berjumlah RM100,000 ke atas bagi tahun 2018 berdasarkan pendapatan terkini mengikut pemfailan cukai terkini bagi 2018 yang dihantar oleh Pelanggan adalah tidak layak menyertai Program ini.
  2. Insentif Program
    • Pelanggan perlu mengemukakan permohonan di antara 15 Januari 2020 hingga 8 Mac 2020 untuk layak mendapatkan pengagihan berjumlah RM30 (“Pengagihan”) untuk sekali sahaja. Pelanggan tidak boleh membatalkan permohonan selepas mengemukakan permohonan.
    • Pelanggan yang layak menerima Pengagihan selepas permohonan akan menerima Pengagihan yang akan dikreditkan ke dalam dompet Pelanggan Boost dalam tempoh lima (5) hari. Namun demikian, terdapat kemungkinan akan berlaku kelewatan dalam proses Pengagihan ketika tempoh pembayaran yang sibuk.
    • Pelanggan yang layak boleh menuntut untuk Pengagihan hanya sekali sahaja daripada mana-mana e-dompet Terlibat, bermula 15 Januari 2020 hingga 12.00 pagi pada 9 Mac 2020, bergantung kepada permohonan terawal, sebagai contoh, jika Pelanggan telah mengemukakan permohonan kepada e-dompet Terlibat A dan seterusnya kepada e-dompet Terlibat B, hanya tuntutan daripada e-dompet Terlibat A akan diambil kira.
    • Pengagihan akan diberikan mengikut keutamaan kepada permohonan 15 juta pertama yang berjaya dari semua e-dompet Terlibat.
    • Selepas menerima Pengagihan, tempoh sah guna pakai Pengagihan tersebut adalah sehingga 14 Mac 2020 dan sebarang baki lebihan Pengagihan ini akan dipindahkan keluar daripada dompet Pelanggan Boost.
    • Sebarang pindahan transaksi seperti pindahan baki ke akaun lain melalui fungsi aplikasi ‘Send Money’; keluaran ke akaun bank melalui fungsi aplikasi ‘Transfer Out to Bank’ dan keluaran wang (‘Remittance’) adalah dilarang sama sekali. Pengagihan hendaklah diguna pakai di dalam Malaysia dan hanya melibatkan penggunaan barang dan perkhidmatan tersedia di dalam Malaysia.
    • Fungsi aplikasi ‘Send Money’, ‘Transfer Out to Bank’ dan keluaran wang akan dibatalkan sehingga Pelanggan selesai menghabiskan semua jumlah Pengagihan.
    • Sebarang penggunaan untuk aktiviti haram dan terlarang menggunakan jumlah Pengagihan yang diberikan adalah ditegah sama sekali.
  3. Perlindungan Data Peribadi
    Dengan mengemukakan permohonan untuk Program ini, Notis Privasi Boost yang telah dikemukakan kepada Pelanggan semasa pendaftaran servis Boost akan diguna pakai. Sebagai tambahan kepada Notis Privasi Boost, Pelanggan bersetuju dan memberikan kebenaran kepada Boost dan/atau syarikat-syarikat bersekutu, kerajaan Malaysia dan penamanya, jabatan kerajaan yang berkenaan dan/atau agensi untuk mengumpul, menyimpan, mengguna, memproses dan mendedah Data Peribadi anda (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama anda, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon bimbit, dan berdasarkan pemintaan, maklumat akaun bank, penyata bank dan informasi transaksi) berdasarkan berikut:
    • Menyediakan dan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal-pembekal perkhidmatan (mungkin berpengkalan di luar Malaysia), Kerajaan Malaysia dan penama-penama, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan untuk mengesahkan dan memproses kelayakan permohonan anda bagi tujuan Program ini.
    • Mengesahkan tuntutan Pengagihan melalui pembekal-pembekal e-Dompet Terlibat jika berlakukan pertikaian.
    • Memproses sebarang aduan Pelanggan terhadap Boost untuk Program ini.
    • Menghantar sebarang notis atau komunikasi kepada anda melalui pembekal-pembekal servis pihak ketiga yang terlibat dalam Program ini.
    • Mengumpul data (termasuk informasi transaksi) terhadap penggunaan insentif produk-produk atau servis-servis oleh Pelanggan.
    • Mendedahkan Data Peribadi Pelanggan kepada perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga bagi tujuan pengesanan penuh terhadap Program ini.
    • Menyediakan dan mendedahkan Data Peribadi Pelanggan (mungkin melibatkan informasi transaksi Pelanggan) kepada Kerajaan Malaysia dan penama-penama, jabatan kerajaan dan agensi kerajaan untuk menentukan kejayaan Program ini.
    Adalah dimaklumkan bahawa Pelanggan yang tidak bersetuju dan tidak memberi kebenaran untuk mengumpul, menyimpan, mengguna, memproses dan mendedahkan Data Peribadi mereka, tidak akan dibenarkan untuk menyertai program ini. Boost akan menyimpan Data Peribadi Pelanggan mengikut prinsip pemprosesan data (termasuk Prinsip Sekuriti) yang termaktub di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
E-Tunai Rakyat
=