Privasi

Pengenalan

Axiata Digital Ecode Sdn Bhd (seterusnya, “ADE”, atau “kami”) (No. Syarikat 1214970-T) menghargai privasi dan kami komited dalam melindungi Maklumat Peribadi (seperti yang didefinisikan di bawah), yang disimpan oleh kami, selaras dengan undang-undang yang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010), Notis Privasi ini, dan Terms of Use kami (“Syarat Penggunaan”). Bagi mengelakkan keraguan, melainkan jika konteksnya menyatakan sebaliknya, perkataan-perkataan yang digunakan dalam Notis Privasi ini mempunyai erti yang sama dengan perkataan-perkataan yang ditetapkan dalam Syarat Penggunaan.

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Maklumat Peribadi anda yang dikumpul oleh kami melalui muat-turun dan pengunaan aplikasi Boost di telefon pintar dan aplikasi peranti mudah alih (“App”), pengunaan dan pengaksesan laman web https://www.myboost.com.my (“Laman Web”) (secara kolektif, bersama dengan App, “Platform”) dan semua kandungan, produk, perkhidmatan dan fungsi yang terdapat di atau melalui Aplikasi dan Laman Web (secara kolektif, bersama-sama Platform, “Perkhidmatan”).

Notis Privasi ini menerangkan:

  • Jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpul dan bagaimana ia dikumpul;
  • Bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi anda;
  • Pihak-pihak yang kami dedahkan Maklumat Peribadi tersebut; dan
  • Pilihan yang kami tawarkan, termasuk bagaimana anda boleh mengakses dan mengemaskini Maklumat Peribadi anda.

Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan terma Notis Privasi ini, dan anda akan dianggap sebagai telah memberi keizinan terhadap pengumpulan, penggunaan dan pendedahan terhadap Maklumat Peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini.