Privasi

Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul dan Bagaimana ia Dikumpul

Maklumat Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda atau yang membolehkan seseorang untuk mengenalpasti anda, termasuk, sebagai contoh, nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat mengenai transaksi anda dengan Perkhidmatan ini seperti mata ganjaran, baki akaun mata ganjaran, sejarah penebusan, dan aktiviti akaun serta maklumat anda yang bukan umum yang berkaitan atau dikaitkan dengan maklumat yang disebut di atas. “Maklumat Tanpa Nama” bermaksud maklumat yang tidak berkaitan dengan atau dikaitkan dengan Maklumat Peribadi anda, termasuk, maklumat agregat. Maklumat Tanpa Nama tidak, dengan sendirinya, membenarkan pengenalan seseorang.

Untuk membolehkan kami membekalkan Perkhidmatan ini, kami mungkin perlu dan/atau dikehendaki untuk mengumpul, merakam, memegang, mengguna, mendedah dan menyimpan (iaitu “memproses”) Maklumat Peribadi dan Maklumat Tanpa Nama, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

(a) Maklumat yang anda berikan kepada kami melalui hubungan anda dengan kami, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang anda berikan sewaktu menggunakan Perkhidmatan ini, sewaktu berinteraksi dengan Merchants, sewaktu mengambil bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan atau promosi. Contohnya termasuk:

  • Maklumat Peribadi anda, seperti nama pertama dan terakhir anda, gambar profil, gambar-gambar atau avatar, jantina, umur, bangsa, status perkahwinan, tahap pembelajaran, minat, hobi, maklumat berdasarkan lokasi anda yang tepat, alamat e-mel dan alamat surat-menyurat, nombor telefon, nombor ID peranti, dan kata laluan sewaktu anda membuat akaun untuk Perkhidmatan ini (“Akaun Boost”), dan sebarang maklumat lain yang anda berikan secara langsung melalui Perkhidmatan ini (termasuk, tetapi tidak terhad kepada mesej yang dihantar melalui Perkhidmatan ini).
  • Maklumat berkaitan dengan interaksi anda dengan Merchants melalui Perkhidmatan ini dan produk dan perkhidmatan yang anda beli.
  • Maklumat yang anda dedahkan melalui interaksi anda dengan Merchant tersebut.
  • Maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan urus niaga menebus guna melalui Perkhidmatan ini, termasuk nama anda dan maklumat penghantaran yang berkaitan.
  • Maklumat seperti fail dan mesej yang anda simpan dengan Akaun Boost anda.
  • Maklumat daripada komunikasi bertulis sewaktu anda memberi maklum balas atau menghubungi kami, seperti, nama dan alamat e-mel anda, serta kandungan lain yang terdapat dalam e-mel, untuk membolehkan kami menghantar balasan.

(b) Maklumat yang dikumpul oleh teknologi melalui Platform.

Sebagai contoh:

  • Maklumat pengguna anda termasuk jenis pelayar web anda, alamat Protokol Internet (IP) (nombor yang ditetapkan secara automatik kepada computer apabila anda menggunakan Internet, yang mungkin berubah mengikut sesi penggunaan), nama domain, profil pengguna, dan/atau rekod tarikh/masa lawatan anda, dan, berkenaan dengan telefon bimbit anda, pengecam peranti unik, atau lebih dikenali sebagai Android ID.
  • Maklumat Peribadi dari pihak ketiga, dengan izin anda, yang mana mungkin termasuk kandungan profil anda atau lain-lain jenis maklumat pengenalan diri.
  • Cookies and maklumat URL untuk merekodkan maklumat berkaitan tarikh dan masa lawatan anda dan maklumat yang mana anda telah cari dan lihat. “Cookies” adalah cebisan maklumat kecil yang diterima cakera keras komputer anda dari laman web sewaktu anda melayarinya. Kami mungkin menggunakan Cookies sesi (yang luput apabila pelayar web ditutup ) dan Cookiesberterusan (yang kekal dalam komputer anda sehingga anda memadamnya) untuk memberikan anda pengalaman yang lebih peribadi dan interaktif. Cookies berterusan boleh dipadam dengan mengikuti arahan pelayar web.
  • Maklumat daripada teknologi sepadan yang digunakan bersama dengan telefon mudah alih, termasuk Android ID, untuk merekodkan tarikh, masa, mencari dan melihat maklumat yang berkaitan dengan telefon bimbit anda.
  • Maklumat mengenai cara anda mengguna dan berinteraksi dengan Platform dan Perkhidmatan ini melalui perkhidmatan analitik pihak ketiga, seperti Google Analytics (https://www.google.com/analytics) atau Google AdSense (https://www.google.com/adsense). Perkhidmatan analitik pihak ketiga tersebut mungkin menggunakan Cookies untuk mengumpul maklumat, seperti laman yang anda lawati, alamat IP anda, tanda tarikh/masa lawatan anda dan laman web yang membawa anda ke Platform ini.

(c) Maklumat dari pihak ketiga seperti penyedia maklumat rujukan kredit, agensi pelaporan kredit dan agensi kerajaan / statutori.

(d) Maklumat dari anda tentang pihak lain dalam situasi di mana anda menjemput pihak ketiga untuk mencipta Akaun Boost. Kami akan mengumpul nama anda dan alamat e-mel untuk menghantar e-mel dan membuat susulan dengan pihak ketiga.